AMANAH Perak umum calon, Dr Hatta di Lumut, Tarmizi di Parit

KUALA LUMPUR: Pengerusi AMANAH Negeri Perak Asmuni Awi telah mengumumkan empat calon AMANAH yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen serta 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Perak dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Antara mereka yang telah diumumkan untuk bertanding ialah Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bagi kerusi Parlimen Parit Buntar.

Manakala bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar ia akan diwakili oleh Dr Ahmad Termizi Ramli dan Parlimen Parit akan ditandingi oleh Tarmizi Mohd Jam yang merupakan Timbalan Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan.

Dr Mohd Hatta Ramli pula akan bertanding bagi kerusi Parlimen Lumut.

Selain itu katanya, bagi kerusi Dun Selama ia akan ditandingi oleh Razali Ismail serta Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain akan bertanding bagi kerusi Titi Serong.

Sementara itu Ustaz Ahmad Saqif Ansorullah yang berusia 26 tahun akan bertanding bagi kerusi Dun Selinsing.

Asmuni juga mengumumkan Ir Megat Sharifuddin Ibrahim akan bertanding bagi kerusi Dun Changkat Jering.

Pengerusi AMANAH Negeri Perak akan bertanding kerusi Dun Manjoi pada PRU14 akan datang.

Untuk kerusi Dun Kamunting pula ia akan diwakili oleh Ir Dr Fadhil Nuruddin serta Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin bagi kerusi Dun Sungai Rapat.

Naib Pengerusi AMANAH Negeri Perak, Tan Seng Toh pula dipilih untuk bertanding bagi kerusi Dun Ayer Kuning.

Setiausaha Wanita AMANAH Nasional, Zaiton Latiff pula diberi mandat untuk bertanding bagi kerusi Dun Kampong Gajah.

Bagi kerusi Dun Pasir Panjang pula, ia akan ditandingi oleh Yahaya Mat Nor.

Hati Musa akan bertanding bagi kerusi Dun Rungkup, manakala bagi kerusi Behrang pula ia akan diwakili oleh peguam bela, Aminuddin Zulkipli.

Asmuni Awi yang juga merupakan Pengerusi AMANAH Negeri Perak akan turut bertanding bagi kerusi Dun Manjoi pada PRU14 akan datang.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *