Agihan kerusi selesai, AMANAH tanding 10 kerusi DUN di Selangor

SHAH ALAM: PRU14 l Parti Amanah Negara (AMANAH) akan bertanding di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Penyandang kerusi Parlimen Shah Alam, Khalid Samad daripada AMANAH berkata perkara itu dipersetujui dalam satu mesyuarat antara pimpinan Pakatan Harapan petang semalam, lapor Malaysiakini.

Menurutnya, pengagihan kesemua kerusi DUN bagi parti komponen Pakatan Harapan di Selangor selesai menerusi satu mesyuarat.

“Pengumuman rasmi mengenai nama calon dijangka akan dibuat 24 April nanti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah di Seksyen 7 di Shah Alam malam tadi.

Beliau berkata antara kerusi DUN yang bakal ditandingi AMANAH adalah DUN Morib, Cempaka dan Hulu Klang.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *