Amanah umum 13 calon, Mahfuz kekal bertanding Parlimen Pokok Sena

ALOR SETAR: Amanah mengumumkan 13 orang calon dari parti itu yang akan bertanding di Kedah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata calon-calon itu akan bertanding di 13 kerusi merangkumi 3 kerusi Parlimen dan 10 kerusi negeri.

Bekas naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Pokok Sena diumum bertanding di kerusi itu pada PRU14 ini.

Bagi 2 lagi kerusi Parlimen, Amanah mencalonkan Naib Ketua Pemuda Amanah Kedah, Mohd Khairizal Khazali bertanding di Padang Terap dan ahli jawatankuasa Amanah Sik, Azli Uda bertanding di Sik.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap pada majlis ceramah perdana di Hutan Kampung malam tadi.

Sementara itu bagi kerusi DUN, Timbalan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi yang sebelum ini merupakan Adun Pengkalan Kundor, diumum bertanding di Alor Mengkudu.

Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh pula akan bertanding di Pengkalan Kundor.

“DUN Kota Siputeh akan ditandingi Naib Pengerusi Amanah Kedah, Dr Salmee Said, Ketua Pemuda Amanah Mohd Asmirul Anuar Aris (Kubang Rotan), bekas ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar (Tokai), bekas Setiausaha Kerja Umno Kedah Zahran Abdullah (Sungai Limau),” katanya.

Di Belantek, Amanah mengumumkan Abdul Rashid Abdullah sebagai calon di kawasan itu, Naib Pengerusi III Amanah Kedah, Johari Abdullah (Kupang), Ketua Amanah Padang Serai Abd Razak Salleh (Merbau Pulas) dan Ketua Amanah Sungai Petani Rosli Yusof bertanding di Pantai Merdeka.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *