Apa kredibiliti pemantau asing pilihan SPR soal Bersih

KUALA LUMPUR: Kumpulan reformasi pilihan raya Bersih mempertikaikan kewibawaan pemantau antarabangsa yang dipilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memantau pilihan raya umum akan datang.

Bersih menyoal jika negara pemantau terlibat mengamalkan prinsip demokrasi secukupnya.

“Jika negara mereka tidak mengamalkan sistem demokrasi yang sebaiknya, apa gunanya mengambil mereka sebagai pemantau pilihan raya,” kata ahli sekretariat Bersih 2.0 Mandeep Singh.

“Kemboja? Tengok saja demokrasi di negara itu. Apa kewajaran meminta negara-negara ini menghantar wakil mereka?”

Indonesia, Thailand, Maldives, Timor Lesta, Kemboja, Kyrgyzstan dan Azerbaijan sudah mengesahkan penyertaan sebagai pemantau pilihan raya antarabangsa untuk pilihan raya umum ke-14.

Daripada 7 negara itu, hanya kedudukan Timor Leste lebih tinggi berbanding Malaysia dalam senarai demokrasi dunia.

Indeks Demokrasi 2017 ahkhbar The Economist dan Laporan Kebebasan Dunia 2018 oleh Freedom House meletakkan Malaysia di kedudukan lebih tinggi daripada 6 negara itu.

The Economist menganggap Kemboja dan Azerbaijan diperintah rejim autoritarian sementara Freedom House merujuk kepada Kyrgyzstan dan Azerbaijan sebagai rejim autoritarian.

SPR berkata pemantau asing terdiri daripada pegawai-pegawai suruhanjaya pilihan raya negara-negara itu. Mereka akan memantau pilihan raya sebelum hari penamaan (28 April) hingga hari pengundian (9 Mei) dan akan membentangkan syor secara terbuka.

SPR sebelum ini pemantauan pilihan raya akan dilakukan atas dasar pertukaran, iaitu pemantau dari negara yang sebelum ini mengundang Malaysia menghantar pemantau.

Pemangku Pengerusi Bersih Shahrul Aman Mohd Saari berkata pihakna tiada niat untuk menyinggung 7 negara itu.

“Tetapi SPR perlu bersikap objektif dalam perkara ini. Bagaimana pemantau-pemantau ini akan memainkan peranan yang berkesan jika negara mereka tidak mengamalkan prinsip demokrasi dengan sebaiknya,” katanya.

Bersih juga mempersoalkan mengapa Pusat Carter dan atau Jaringan Pilihan Raya Bebas dan Adil Asia.

SPR berkata undangan dihantar ke 14 negara. Myanmar, Australia dan Kazakhstan menolak undangan itu, sementara Bosnia Herzegovina, Uzbekistan, India, Pakistan dan New Zealand belum memberikan jawapan.

SPR tidak menyediakan senarai penuh nama pemerhati atau menyatakan mandat mereka.

Sementara itu, Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan pelantikan sebuah badan yang tidak dikenali, Pusat Pengajian Commonwealth Malaysia, yang berpangkalan di Cambridge, United Kingdom untuk memberikan khidmat “penyelidikan dan sokongan”.

Hashim berkata 14 NGO tempatan dan perwakilan daripada universiti tempatan juga diundang untuk memantau pilihan raya.

Perwakilan di Tanah Melayu termasuk Majlis Belia Malaysia; Persatuan Pengundi Wawasan Malaysia; Pusat Pengajian Sejarah, Politik & Strategik Universiti Kebangsaan Malaysia; Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara; Universiti Kuala Lumpur; dan Persatuan OKB Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Dari Sabah and Sarawak: Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Persatuan Kebangsaan Orang Ulu Sarawak, Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh, Dewan Perniagaan dan Industri Cina Sibu, Persatuan Melanau Sibu, Persatuan Cina Miri, Majlis Belia Sabah dan Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *