Wan Azizah gembira lihat di dada Mahathir tersemat logo PKR

KUALA LUMPUR: Apabila Tun Dr Mahathir menyematkan lencana dengan lambang PKR ke bajunya malam tadi, ia adalah detik yang bersejarah buat bekas perdana menteri itu serta parti berkenaan.

Dengan mengenakan baju merah bersama lambang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Dr Mahathir duduk bersebelahan dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Melalui satu klip video yang diciap di Twitter, Dr Wan Azizah kelihatan bertepuk tangan melihat lambang PKR akhirnya terpampang di dada pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) berkenaan

Doktor mata yang kemudian menjadi ahli politik ekoran tindakan Dr Mahathir kira-kira 20 tahun itu kemudian tersenyum dan gembira dengan apa yang dilihatnya.

Ia dipercayai berlaku sebelum Dr Mahathir menaiki pentas untuk membuat pengumuman rasmi bahawa semua parti dalam HARAPAN – PKR, BERSATU, AMANAH dan DAP – akan mencabar BN menggunakan lambang berkenaan.

Langkah itu diambil selepas usaha keempat-empat parti gagal mendaftarkan HARAPAN secara sah.

Ia kemudian didorong pula oleh langkah Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan penggantungan sementara BERSATU semalam.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *