Tahniah kepada aktivis Ops Bendera & usaha imarahkan Markaz Besar PH Parit

Pakatan Harapan Parlimen Parit kini rancak memacak bendera Amanah dan Bersatu di seluruh parlimen dalam Ops Bendera PH sejak seminggu lalu dan sehingga ianya selesai dalam tempoh seminggu dua lagi, sebagai persiapan awal menghadapi PRU14 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Amanah bagi pihak Pakatan Harapan mengucapkan syabas dan setinggi penghargaan kepada Team Ops Bendera yang gigih dan dedikasi menjalankan kerja-kerja di lapangan tanpa mengenal erti penah lelah dalam mempastikan Pakatan Harapan dapat menumbangkan BN dalam PRU14 kali ini.

Kepada semua ahli Bersatu, Amanah dan PKR yang berkelapangan, kalian boleh mendaftar diri sebagai petugas Ops Bendera PH, penceramah kelompok, Pacaba dan tenaga sukarelawan markaz besar untuk kerja-kerja imarah semasa di Markaz Besar Operasi Pakatan Harapan Parit di Pekan Bota Kanan.

Pakatan Harapan Parit juga sedang aktif membuka Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan melengkapkannya dengan keperluan asas yang berkaitan bagi kegunaan PDM berkenaan.

Sebaik sahaja parlimen dibubarkan, Pakatan Harapan akan menganjurkan “Pertandingan Bilik Gerakan PDM Meletop” dengan kreteria tertentu bagi menggalakkan semua Bilik Gerakan PDM dihiasi, diwarnai, dilengkapi dengan pelbagai informasi yang boleh menggamit kedatangan pengundi atas pagar dan pengundi BN bertandang dan menyokong Pakatan Harapan.

Untuk mekluman sekalian, Markaz Besar Operasi Pakatan Harapan Parit sentiasa terbuka khususnya pada sebelah malam untuk aktiviti memasang bendera, makan-makan, sembang santai dll. Segala sumbangan boleh terus diberi kepada Cikgu Rafaie Kasimi atau Sdra Suhaimi Yahya (Emy) untuk menampung kopi gula, biskut dan makan-makan sebelah malam.

>> Komentar bebas Tarmizi Mohd Jam, Koordinator Amanah P.069 Parit I 30 Mac 2018

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *