Berita palsu, wakil rakyat gesa kerajaan dakwa MB Terengganu jika adil

KUALA LUMPUR: Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad semalam mencabar kerajaan mendakwa salah seorang pemimpinnya bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018 untuk membuktikan mereka akan berlaku adil melawan penyebaran maklumat tidak benar.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata hukum ditegakkan secara adil jika kerajaan juga dikehendaki menghadapi undang-undang itu.

“Contohnya, di Terengganu terdapat banyak projek terbengkalai berjumlah lebih kurang RM300 juta tetapi saya ingin memberi tumpuan kepada projek Taman Ilmu, di mana gambar kerosakan tular di media sosial.”

Beliau merujuk kepada projek seluas 280ha di Tembila, Besut, yang bermula pada 2004 pada harga RM300 juta. Bagaimanapun, projek itu ditinggalkan dan banyak kemudahannya dilaporkan mengalami kerosakan dan dalam keadaan terbiar.

Raja Kamarul berkata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mendakwa gambar yang tersebar di media sosial adalah gambar lama, tetapi beliau ada bukti gambar tersebut gambar baharu.

“Beliau berkata kerajaan negeri membayar RM32 juta kepada sebuah syarikat untuk membaiki kerosakan lama tetapi itu berita palsu.”

“Saya mencabar kerajaan melihat kenyatan menteri. Pastikan kes pertama ialah terhadap kalangan mereka sendiri.

“Ini akan membuktikan keadilan, dan kerajan tidak terkecuali dari undang-undang, yang harus terpakai pada semua orang.”

Rang undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018 dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Bawah RUU itu, kesalahan mencipta, menawarkan, menerbitkan, mengedarkan atau menyebarkan berita palsu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Memberi bantuan kewangan secara langsung atau tidak langsung untuk memudahkan penyebaran berita palsu atau membantu kesalahan itu juga satu kesalahan.

Bawah RUU itu, berita palsu dijelaskan sebagai “sebarang berita, maklumat, data atau laporan, yang sebahagian atau sepenuhnya palsu, sama ada disiarkan dalam bentuk rencana, visual, rakaman audio atau apa-apa bentuk lain, yang boleh mencadangkan kata-kata atau idea.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *