Lebih 18,336 rakyat didapati alami kemurungan tahun lepas kata Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR: Satu kajian mendapati 18,336 rakyat negara ini termasuk seawal usia 16 tahun dikesan mengalami pelbagai tahap kemurungan tahun lepas, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata jumlah itu berdasar kajian Kementerian Kesihatan melalui saringan minda sihat terhadap 273,203 orang yang dijalankan di klinik kesihatan dan komuniti pada 2017, lapor Bernama.

Katanya daripada jumlah disaring itu, sebanyak 4.03% atau 11,811 orang dikesan mengalami kemurungan tahap ringan, 1.26% (3,680 orang) di tahap sederhana dan 0.62% (1,682 orang) berada di tahap teruk.

“Selain itu, melalui saringan minda sihat dijalankan dengan Kementerian Pendidikan ke atas 253,196 pelajar Tingkatan 4, sebanyak 0.45% atau 1,163 pelajar mengalami masalah kemurungan,” katanya pada Persidangan Dewan Rakyat kelmarin.

Hilmi menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) yang bertanyakan anggaran rakyat Malaysia yang menderitai berbagai tahap kemurungan (depression) termasuk sebab dan rawatan pemulihan yang dilakukan.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *