Pinda persempadanan tanpa bentang di Dewan Negara sah kata peguam

KUALA LUMPUR: Mengikut cara Parlimen menggubal undang-undang baru, ia perlu dicadang dan diluluskan oleh kedua-dua dewan rendah dan dewan tertinggi – iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara – sebelum ia boleh dilaksanakan sebagai undang-undang.

Selain itu, undang-undang itu juga mesti mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong dan diwartakan dalam Warta Persekutuan, selepas mendapat kelulusan parlimen.

Walau bagaimanapun, proses persempadan semula kawasan pilihan raya yang sedang dilaksanakan itu tidak mengikut kelaziman berkenaan.

Menurut Seksyen 10 Jadual Tiga Belas Perlembagaan Persekutuan, satu perintah draf yang meluluskan cadangan persempadanan semula hanya perlu diluluskan melalui majoriti mudah di Dewan Rakyat sebelum diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sebaik sahaja dikemukakan, Seksyen 12 menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah membuat perintah sebagaimana yang dinyatakan dalam draf yang diluluskan oleh Parlimen, dan ia akan berkuat kuasa pada pilihan raya akan datang.

“Oleh itu, jelas di sini (dalam perlembagaan) bahawa kamu tidak perlu melalui Dewan Negara. Apa yang anda perlukan untuk meluluskan cadangan persempadanan semula ini adalah melalui majoriti mudah di Dewan Rakyat.

“Selepas itu, perintah draf berkenaan akan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong,” kata peguam Shahredzan Johan kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

“Atas sebab itu, penganalisis politik berpendapat bahawa Parlimen mungkin dibubarkan pada akhir bulan Mac. Cadangan persempadanan semula idak perlu dibentang di Dewan Negara, yang hanya akan bersidang pada bulan April,” katanya.

Selasa lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata usul persempadanan semula kawasan pilihan raya akan dibentangkan di Dewan Rakyat sahaja dan tidak perlu ke peringkat Dewan Negara.

Akhbar The Star hari ini pula melaporkan bahawa cadangan persempadanan semula itu dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat minggu depan, kemungkina pada Isnin ini.

Laporan itu berkata cadangan itu hanya memerlukan 111 undi untuk diluluskan dan ia juga menyatakan bahawa ia tidak memerlukan kelulusan Dewan Negara.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *