KUIS buka peluang sambung pengajian dengan syarat minimum

KUALA LUMPUR: Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) kini membuka peluang kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017 dengan syarat kemasukan yang minimum bermula dengan pangkat makbul menyambung pengajian di kolej berkenaan.

KUIS dalam kenyataan semalam berkata pihaknya menawarkan 18 program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda antaranya syariah; syariah undang-undang; usuluddin; Al-Quran dan Al Qiraat; dakwah dan pengurusan sumber insan; bahasa Arab dan multimedia; pentadbiran dengan e-dagang; serta ekonomi dan kewangan.

Permohonan kemasukan boleh dibuat secara dalam talian di www.kuis.edu.my atau terus hadir ke Seksyen Permohonan dan Kemasukan Pelajar Baharu, Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS bagi membuat permohonan dan mendapatkan khidmat rundingan.

Tarikh kemasukan pelajar baharu bagi 2018 akan dijalankan pada 26 dan 27 Mei 2018.

Sementara itu, KUIS telah menggempur 28 buah Sekolah Menengah Agama di Selangor, Perak, Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka dan Kedah bagi mempromosi program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda semasa keputusan STAM 2017 diumumkan.

“Ketika promosi berkenaan, seramai 48 sekretariat pemasaran KUIS terlibat bagi memastikan maklumat program dan syarat kemasukan ke KUIS dapat disampaikan kepada pelajar yang mengambil keputusan STAM 2017 secara meyeluruh termasuk yang diluar bandar,” kata kenyataan itu.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *