Seramai 71 (BN), 21 (PH) – ahli politik disiasat SPRM kerana rasuah

KUALA LUMPUR: Seramai 92 ahli politik dari kedua-dua belah pihak disiasat kerna rasuah antara 2013 hingga 2017, Dewan Rakyat diberitahu semalam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata demikian selepas Lim Guan Eng (DAP-Bagan) menuduh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengamalkan dwi-standard terhadap ahli politik pembangkang.

Paul berkata 71 orang yang disiasat daripada Barisan Nasional (BN) dan selebihnya dari Pakatan Harapan (PH) iaitu gabungan parti pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan PPBM.

Beliau berkata siasatan dijalankan bawah Akta SPRM 2009.

Lim dalam soalannya berkata SPRM membocorkan maklumat siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang tetapi membuat laporan polis selepas butiran siasatan ke atas seorang exco Johor disiarkan dalam talian.

Paul berkata, kes terowong dasar laut Pulau Pinang diterbitkan oleh media dan laporan itu tidak berdasarkan dokumen siasatan SPRM, tetapi laporan polis dibuat dalam kes exco Johor kerana kebocoran melibatkan maklumat sulit.

Semalam, Lim membidas beberapa media kerana menerbitkan gambarnya dengan seorang ahli perniagaan, yang baru-baru ini ditahan kerana didakwa menerima RM19 juta untuk menutup siasatan rasuah ke projek terowong dasar laut.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *