Pemimpin Umno-BN takut bahas Manifesto Pakatan Harapan kata Wan Saiful

KUALA LUMPUR: Buku Harapan meyenaraikan iltizam dan janji kerajaan menanti Pakatan Harapan (HARAPAN) memberi tamparan hebat kepada pemimpin Barisan Nasional (BN).

Dengan tawaran yang realistik dan menyeluruh seperti reformasi institusi, pemerkasaan golongan terpinggir dan sebagainya, pemimpin BN sekadar mampu menuduh kononnya tawaran tersebut sebagai ‘menjanjikan bulan-bintang’.

Mereka dilihat hanya berminat untuk menyerang janji HARAPAN yang mahu menghapuskan cukai GST.

Menurut bekas Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan, tindak-tanduk pemimpin UMNO itu hanya menunjukkan mereka takut untuk menyentuh janji-janji lain dalam Buku Harapan.

“Saya perhatikan para pemimpin Umno dan Barisan Nasional amat tergila-gilakan isu GST sahaja.

“Mereka terus membisu mengenai reformasi institusi yang kami janjikan,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Katanya, UMNO tidak peduli kepada janji reformasi institusi yang antara lain mahu menghalang perdana menteri daripada turut menyandang jawatan menteri kewangan.

Wan Saiful memaklumkan BN tidak mengendahkan janji-janji utama HARAPAN, khususnya reformasi institusi yang ditentang parti pemerintah sejak sekian lama.

“Saya cabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaingi janji kami nombor 14 untuk meletakkan SPRM di bawah parlimen dan melantik wakil NGO menjadi salah seorang Pesuruhjaya SPRM, dan janji kami nombor 15 untuk memisahkan jawatan Pendakwa Raya daripada jawatan Peguam Negara.

“Kedua-dua ini amat penting untuk memastikan integriti dalam memerangi rasuah,” katanya dalam satu kenyataan.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *