Malaysia berdepan krisis dengan integriti, kata Presiden TI-Malaysia

KUALA LUMPUR: Presiden Transparency International-Malaysia, Datuk Akhbar Satar hari ini berkata Malaysia berdepan “krisis integriti” susulan laporan tentang kebocoran wang di badan-badan kerajaan.

“Bilakah Malaysia akan ambil pengajaran?” kata presiden badan ketelusan antarabangsa itu.

“Sudah banyak laporan Ketua Audit Negara diterbitkan, tetapi kita tidak pernah ambil pengajaran. Kita selalu berbalik kepada cara dulu.”

Akhbar mengulas laporan berkenaan kebocoran yang masih banyak berlaku di kementerian dan jabatan kerajaan.

Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki berkata kebocoran menyebabkan satu kementerian kehilangan hampir 40% dananya.

“Para pengarah dan ketua jabatan harus pantau kerana kebocoran dan kelemahan ini perlu dibetulkan,” kata Akhbar di pelancaran Laporan Penilaian Business Integrity Country Agenda (BICA) untuk Malaysia.

Beliau menegaskan integriti penting bagi mana-mana operasi dan oleh itu para pengarah dan ketua jabatan berperanan besar dalam menentukan tahap integriti jabatan.

“Anda harus menjaga orang bawahan anda. Anda sendiri harus tunjukkan contoh yang baik. Jika anda tidak ada integriti, saya tidak rasa kabinet anda akan mengikut jejak anda.

“Jadi, kepimpinan melalui teladan sangat penting Pastikan tiada lagi kebocoran.”

Akhbar berkata terdapat banyak kelemahan dalam proses pemerolehan, dan daripada kelemahan itulah kebanyakan wang daripada amalan korupsi dibuat.

“Anda boleh mendapatkan wang dengan banyak melalui pemerolehan. Ahli politik atau pegawai kanan kerajaan memandang ini sebagai lombong emas untuk memperoleh wang dengan mudah.

“Malangnya, kita tidak boleh wujudkan pun jawatankuasa pengawasan seperti di luar negara, kerana di Malaysia, ‘pak turut’ pasti ada dan mereka hanya membazirkan masa dan wang.”

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *