Ribuan hadir ulang tahun ke 10 Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Pakatan Harapan

GEORGE TOWN: Ribuan orang hadir dalam majlis ulang tahun ke 10 Kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin gabungan pembangkang Pakatan Harapan (HARAPAN) di Esplanade malam tadi.

Ucapan para pemimpin HARAPAN berkisar seputar 1MDB, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menubuhkan syarikat itu, isterinya Rosmah Mansor dan ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang Jho Low.

Dakwaan media antarabangsa terhadap Najib berhubung perkara melibatkan 1MDB diulang beberapa kali oleh pimpinan HARAPAN dengan maklum balas positif daripada hadirin yang dianggarkan sekitar 15,000 orang.

Namun, berbanding tahun sebelumnya, hadirin akan memenuhi keseluruhan kawasan di Padang Kota Lama. Para pemimpin HARAPAN berkata ia kerana hari esok merupakan hari bekerja.

Tokoh penarik majlis, Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kelihatan tetapi Presiden BERSATU Muhyiddin Yassin hadir.

Ketika majlis berlangsung kira-kira sejam, Ketua Sekretariat HARAPAN Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan pembahagian kerusi gabungan itu untuk Pulau Pinang, mengesahkan berita terdahulu Malaysiakini mengenai PKR dan AMANAH memberi laluan kepada BERSATU untuk empat kerusi DUN.

Saifuddin juga mengumumkan DAP akan bertanding di 19 kerusi yang dimenangi calon mereka pada 2013, manakala PKR akan bertanding 14 kerusi, AMANAH tiga dan empat DUN untuk BERSATU.

Selain Muhyiddin, pemimpin utama HARAPAN yang berucap malam ini termasuklah Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden AMANAH Mohamed Sabu.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *