Netizen kecam laporan BH, isu air bukan sahaja di Selangor malah di Pahang

KUALA LUMPUR: Muak dengan laporan media pro-BN yang memberikan laporan negatif terhadap usaha kerajaan negeri Selangor menambahbaik infrastruktur bekalan air bersih di negeri itu, majoriti netizen memberikan reaksi negatif terhadap laporan utama Berita Harian (BH) hari ini.

Dengan tajuk berita “Kegagalan besar kerajaan Selangor”, BH memetik kenyataan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang memberi jaminan bahawa 5 kelemahan kerajaan negeri boleh diselesaikan sekiranya BN dapat merampas semula Selangor, lapor Malaysia Dateline.

Lima kelemahan yang digariskan Najib adalah masalah bekalan air yang berlarutan; harga rumah yang tinggi, pelbagai cukai yang membebankan rakyat, pengurusan sampah yang lemah dan pencemaran sungai punca peningkatan penyakit berjangkit.

Setakat jam 5 petang tadi, berita yang dimuat naik di facebook BH Online itu menerima 4900 like namun majoriti netizen yang memberikan komen mengecam laporan tersebut.

Abu Lunyong sebagai contoh menulis, “Sabah Sarawak berpuluh tahun kwsn pedalaman tak de air… adakah berpunca drpd pembangkang?”

Zana Zira menempelak laporan itu, “Kepala bap*k kau kegagalan besar, rumah aku elok je ade air, yg terkesan sikit je n kejap je, pungk*k mak ang la BH, cukai GST je yg membebankan, sampah sentiasa dikutip xde masalah. Kepala b*bi kau la.”

Muhammad Azam Azuar Mazlan mencatat, “Aku pengundi di Serdang Selangor… Aku akan pangkah kerajaan negeri sedia ada… cakap banyak tak guna…”

Malah John Labu memetik laporan media berhubung masalah bekalan air yang dihadapi rakyat negeri Pahang, negeri kelahiran perdana menteri:

PENDUDUK Kampung Bukit Nikmat dekat sini mengambil inisiatif membuat tangki, membeli tong dan menyediakan besen menyimpan bekalan air bersih sejak dua tahun lalu.

Usaha itu dilakukan berikutan masalah air yang dihadapi kira-kira lima tahun lalu yang didakwa berpunca daripada masalah paip yang kerap pecah.

Peniaga kedai makan, Mohd Nizam Mohd Hashim, 36, berkata, dia menghabiskan sekitar RM300 membina mini tangki di kedainya.

Katanya, ia diperbuat daripada tong dengan muatan sekitar 151 liter air.

“Sejak berniaga di sini lebih lima tahun lalu, dah ada masalah air. Sedikit sebanyak ganggu juga perniagaan. Saya ambil keputusan beli tong simpan air sejak dua tahun lalu untuk lancarkan urusan,” katanya. Difahamkan, masalah paip pecah berikutan paip lama dianggar berusia lebih 40 tahun yang menjejaskan kira-kira 800 penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bukit Nikmat, Nasar Iberahim berkata, selain inisiatif penduduk, Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) juga menyediakan tangki setiap kali musim perayaan dan kenduri bagi membantu penduduk.

“Masalah air ini kadang tak menentu, tapi dalam sebulan ada tiga empat kali paip pecah mungkin disebabkan keadaan paip itu sendiri yang dah lama. Kalau terputus biasanya makan masa sehari atau dua hari kerana Paip akan datang bila ada aduan.

“Kalau kenduri atau musim perayaan, kita akan maklum Paip lebih awal untuk hantar tangki. Cuma yang kita bimbangkan jika berlaku kematian kerana ia tidak boleh dijangka,” katanya.

Beliau berharap pihak berwajib dapat membantu mengatasi masalah itu.

Muhamad Azmani pula menulis, “Halo mbe2 selangor semua ok je xde masalah dorg pg keje steady je mandi..ni semua auta dari tv3, akhbar dan rtm… semua hak pembangkang buruk belaka xde apa yg baik… bila org kecam kerajaan dalam media elektronik online fb dll goyang bising cakap cari point nak kenakan kerajaan… tak puas lagi ke akhbar,berita semua awal2 porak peranda hal politik… no manner… dgr2 byk kelebihan org duk sel mcm. lahirkan anak dll.. sel negeri kaya ke… tanye je… mcm nak sangat je selangor tu kih3…

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor Yin Shao Loong dalam satu kenyataan media berkata, masalah keputusan bekalan air yang dihadapi sebahagian penduduk Selangor diberi perhatian serius kerajaan negeri.

“Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali telah memanggil pegawai Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sebelum mesyuarat Exco (semalam), untuk memberi taklimat berhubung insiden Sistem Mampatan Udara di Loji Rawatan Air Fasa Tiga Sungai Selangor (SSP3) yang pecah dan menyebabkan kecederaan serius kepada kakitangan di lokasi kejadian.

“Menteri Besar prihatin dengan gangguan bekalan air susulan penyelenggaraan di loji itu dan maklum mengenainya pada Isnin lalu, sebelum kerja penyelenggaraan dilakukan di SSP3,” ujar beliau.

Yin menambah, Azmin telah mengarahkan Air Selangor untuk menghubungi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi bantuan akses ke atas loji rawatan air yang dimiliki Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH).

Menteri Besar, ujar Yin berpuas hati Air Selangor dapat menyelesaikan kerja penyelenggaraan dua jam lebih awal daripada yang dijadualkan bagi membolehkan bekalan air disalurkan seperti biasa kepada pengguna.

“Malangnya, insiden tidak diingini berlaku di loji berkenaan ketika operasi pembekalan dimulakan, yang mana ia menyebabkan kakitangan bertugas di loji itu cedera serius, dan gangguan bekalan air terpaksa dilanjutkan.

“Orang ramai diminta bersabar ketika perkhidmatan air Selangor berusaha sedaya upaya memulihkan keadaan akibat kejadian yang tidak diingini itu. Menteri Besar turut berdoa dan berharap kakitangan loji air yang tercedera itu segera pulih,” jelas beliau.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *