‘Kalau saya mati sekalipun saya puas hati sebab lawan BN’ kata Hanipa Maidin

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Amanah-Sepang Mohamed Hanipa Maidin menyatakan beliau tidak mempunyai masalah dari segi kesihatan selepas pergaduhan mulutnya dengan Ahli Parlimen BN-Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid ditegur oleh Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed Said.

Hanipa berkata, jika sakit sekalipun, beliau tetap akan bercakap di Dewan Rakyat bagi melawan BN.

“Saya tak ada masalah. Sakit ke, hatta saya mati sekalipun saya puas hati sebab saya cakap lawan BN.

“Kalau malaikat tanya kenapa mati?mati lawan BN..saya rasa lega betul lah. Sebab BN ni jahat, BN ni jahat, ‘crook’,” katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, kenyataan Hanipa itu kemudiannya mendapat reaksi dari Ahli Parlimen BN-Setiu Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh.

“Astaghfirullahalazim, mati kerana lawan BN, Allah sanggup, bagus, terima kasih.

“Alhamdulillah, mati la cepat,” katanya yang menyindir Hanipa.

Hanipa kemudiannya menyatakan beliau tidak mempunyai masalah berkaitan itu.

“Tak apa lah, tak ada masalah. Kita bukan takut mati, kita takut lepas mati,” katanya.

Ismail sebelum itu menyatakan banyak peraturan-peraturan Dewan Rakyat telah dilanggari oleh Hanipa dan Ehsanuddin antaranya dari apa yang diperkatakan.

“Banyak peraturan-peraturan yg telah dilanggari, patah-patah perkataan Sepang, Kota Tinggi.

“Tapi saya biarkan supaya masing-masing mengambil iktibar, tentang peraturan-peraturan mesyuarat.

“Saya bersangka baik diantara Sepang dengan Kota Tinggi. Dia kawan baik. Tapi berhati-hati la, jangan sampai akibatnya putus urat kepala, leher. Kesannya tak baik kepada kesihatan kita,” katanya.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *