Kos tuntut kembalikan wang Pengarah CID di Australia terlalu mahal kata KPN

Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun menjelaskan, Pengarah Siasatan Jenayah PDRM, Wan Ahmad Najmuddin Mohd tidak menuntut wangnya yang dibekukan di Australia kerana proses itu memerlukan belanja yang besar.

“Kalau boleh dia mahu bawa pulang wang miliknya. Kalau tanya dia, mesti dia nak (wangnya kembali). Itu hak dia.

“Cuma dia fikir prosedur untuk dapatkan kembali wang itu memerlukan perbelanjaan besar. Urusan itu pula di luar negara, “kata beliau.

Wang milik Wan Ahmad Najmuddin yang dibekukan oleh pihak berkuasa Australia ialah sebanyak A$320 ribu atau hampir RM1 juta jumlahnya.

Jadi, berapakah kos guaman untuk menuntut wang tersebut?

Adakah ianya sebanyak RM300 ribu atau RM500 ribu?

Munasabahkah peguam mengenakan bayaran melebihi RM1 juta sedangkan jumlah wang yang mahu dituntut hanya sebanyak RM1 juta saja?

Jika semua dokumen dan bukti sudah ada yang mengesahkan wang tersebut hasil penjualan rumah, dengan bayaran sebanyak RM500 ribu sekali pun misalnya bagi kos guaman, tidakkah kira-kira RM500 ribu lagi lebihan wang itu akan dapat diperolehi kembali?

Kata pepatah – daripada tiada, biarlah ada. Lebih-lebih lagi RM500 ribu bukan sedikit jumlahnya.

Tetapi yang pastinya, dengan langsung tidak membuat tuntutan, sah Wan Ahmad Najmuddin akan kehilangan wang RM1 juta miliknya itu.

>> Komentar bebas Shahbudin Husin, penganalisa isu semasa I 08 Mac 2018.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *