Dewan Rakyat sudah menjadi “parlimen kangaroo”, 4 soalan1MDB ditolak

KUALA LUMPUR: Pemimpin DAP yang kesal dengan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak empat soalan wakil rakyatnya, hari ini bertindak mendedahkan soalan berkenaan.

Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata tindakan speaker jelas menunjukkan Dewan Rakyat sudah menjadi “parlimen kangaroo”.

“Seperti yang dimaklumkan saya empat soalan yang ditolak berkaitan dengan 1MDB, oleh kerana berkali-kali ditolak semasa sidang dewan yang lalu saya fikir betul-betul soalan yang ditanya supaya tidak ditolak sekali lagi oleh speaker.

“Dan saya pilih soalan yang saya agak langsung tidak berkaitan dengan kes mahkamah, maksudnya walaupun kes 1MDB tapi tidak berkaitan langsung dengan kes mahkamah dan oleh sebab itu pihak menteri masih boleh jawab.

“Tetapi sekali lagi masih ditolak atas sebab perkara ini dalam pertimbangan mahkamah.

“Jadi, jelas ini menunjukkan parlimen sudah jadi satu parlimen kangroo,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Berikut empat soalan yang yang ditolak itu.

1. Saya ingin bertanya kepada perdana menteri berhubung pengumuman peguam negara pada 25 Januari 2016 bahawa sejumlah RM681 juta yang dimasukkan kedalam akuan PM merupakan derma daripada kerabat diraja Arab.

2. Saya meminta supaya menteri kewangan menyatakan senarai hutang 1MDB terkini dan sama ada hutang-hutang ini sudah dijamin oleh kementerian kewangan. Ini tidak ada kaitan dengan kes mahkamah, dalam apa-apa hutang perlu disenaraikan sama ada dalam mahkamha atau tidak.saya pun tak sebut yang mana ada kes mahkamha saya minta angka itu, saya hanya minta senarai hutang. Takkan itu pun tak boleh.

3. Saya hanya meminta perdana menteri menyatakan siasatan SPRM keatas kes penyelewengan wang syarikat SRC International ke akuan peribadi PM yang berlanjutan sejak Julai 2015. Pada masa itu MACC sudah mengumumkan bahawa siasatan dijalankan, saya hanya tanya sama ada SPRM telah menjalankan sesi soal jawap dengan PM, itu sahaja.

4. Saya minta menteri kewangan menyatakan sama ada 1MDB sudah menebus atau melupuskan pelaburan unit yang dimiliki oleh anak syarikat 1MDB Brazen Sky Ltd.

Pada sidang Dewan Rakyat Julai lalu, lebih daripada 30 soalan berkaitan 1MDB juga telah ditolak oleh Pandikar.

Manakala pada sidang Dewan Rakyat Oktober pula lebih 10 soalan berkaitan perkara yang sama turut ditolak speaker.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *