MCA kecam penyebaran gambar Liow, Nazri pegang tangan

KUALA LUMPUR: Pertengakaran antara MCA dan Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz kelihatan begitu parah apabila gambar presiden MCA dan Nazri berpegang tangan dilarang disebarkan.

MCA melalui kenyataan di Facebook malam ini membidas penyebaran gambar Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Nazri berpegang tangan memukul gendang bersama, lapor Malaysiakini.

MCA berkata gambar berkenaan bertujuan menjejaskan imej Liow memandangkan hubungan Nazri dan MCA ketika ini. Kenyataan itu turut menjelaskan bahawa gambar berkenaan diambil pada Ogos tahun lalu.

“Pengguna laman maya dengan motif tersembunyi yang menyebarkan gambar berkenaan ketika Nazri menyebabkan kemaraham masyarakat Cina bertujuan memberi gambaran salah berhubung hubungan Nazri dan Liow.

“Ia bertujuan untuk memberi tanggapan salah kepada masyarakat Cina bahawa Liow membelakangi mereka,” kata kenyataan itu.

Pergeseran antara MCA dan Nazri terjadi setelah Nazri membuat kenyataan mengecam Tan Sri Robert Kuok baru-baru ini.

Nazri sebelum ini menggelar tokoh perniagaan itu sebagai “pondan” dan mencabarnya melepaskan kewarganegaraan selepas penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin mendakwa Kuok mendanai DAP.

Kuok menafikan tuduhan itu dan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Raja Petra.

Nazri berterima kasih kepada Kuok degan penjelasan itu, namun beliau bertegas untuk tidak memohon maaf berhubung kenyataannya terhadap Kuok.

MCA bagaimanapun mendesak Nazri memohon maaf yang kemudian menyebabkan Nazri membuat kenyataan yang mengecam parti itu.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *