Dewan Rakyat bersidang kali terakhir sebelum PRU14 bermula 5 Mac

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini bakal menyaksikan ahli parlimen membahaskan usul persempadan baru kawasan parlimen sebelum pilihan raya umum ke 14 (PRU 14) diadakan paling lewat pertengahan tahun ini.

Ahli pembangkang sebelum ini mendakwa persempadanan itu sebagai usaha untuk memenangkan Barisan Nasional (BN).

Setelah diluluskan oleh parlimen, persempadanan baru akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk kelulusan sebelum digazet.

Persempadanan semula pernah dicabar di mahkamah, tetapi gagal. Pada 2 Mac, Mahkamah Rayuan menolak permohonan penangguhan kerajaan Selangor, membolehkan SPR mengemukakan cadangan persempadannya kepada kerajaan untuk dibentangkan kepada Dewan Rakyat.

Pembangkang mungkin tidak dapat menghalang usul persempadanan baru kawasan pilihan raya daripada diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Isu lain yang dijangka menghangatkan sidang ialah kes penahanan kapal layar mewah, Equanimity, yang dikaitkan dengan siasatan Amerika Syarikat ke atas dana kerajaan 1MDB, oleh pihak berkuasa Indonesia..

Kapal berharga RM1 bilion itu yang didakwa dimiliki oleh pelabur Malaysia Low Taek Jho ditahan di Bali minggu lepas.

Parti-parti komponen PH kini memiliki 71 kerusi di Dewan Rakyat. Mereka memerlukan majoriti mudah 112 kerusi untuk membentuk kerajaan pusat.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *