KUALA LUMPUR: Pusat Khidmat Peduli Rakyat (PKPR) Dun Manjoi berjaya menarik perhatian masyarakat setempat menerusi Booth Peduli Rakyat yang menawarkan pelbagai barangan dapur dengan potongan harga istimewa.

PKPR di bawah kendalian parti AMANAH Parlimen Tambun ini juga merupakan jambatan penghubung dengan masyarakat di Dun Manjoi, lapor Malaysia Dateline.

Sebelum ini Booth Peduli Rakyat telahpun menemui masyarakat di Manjoi, Sungai Kati dan Ulu Chepor.

Terkini di padang Taman Klebang Jaya pada 4 Mac 2018 (Ahad) semalam bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Haji Asmuni Awi selaku Pengerusi AMANAH Perak merupakan ikon program berkonsepkan kebajikan ini di mana sebahagian besar barangan dibiayai dan disumbang oleh beliau di samping lain-lain pihak.

Orang ramai tidak melepaskan peluang berkunjung ke Booth Khidmat Peduli Rakyat AMANAH Tambun.

Haji Asmuni dilihat amat komited membantu masyarakat yang dihimpit masalah ekonomi dan kenaikan harga barangan.

Justeru, dengan semua sumbangan tersebut dan petugas PKPR yang mesra pengunjung, booth ini kian mendapat sambutan masyarakat di Dun Manjoi.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *