Pemuda Pakatan Harapan gesa Tariq Ramadan dibebaskan dari tahanan di Perancis

Saya telah diperkenalkan kepada sarjana dan aktivis Dr Tariq Ramadan, yang kini merupakan Profesor Universiti Oxford, sejak zaman universiti saya sendiri lebih sedekad yang lalu.

Saya aktif di dalam Federation of Students Islamic Societies of UK and Ireland (FOSIS) dan Dr Ramadan menggariskan wawasan yang konsisten dan rasional tentang menjadi seorang Muslim yang baik dan selesa dengan dunia moden yang majmuk. Sejak itu saya membaca buku-bukunya dan mengikuti syarahannya.

Pandangannya mengundang kritikan daripada orang Islam yang jumud di samping golongan anti-Islam di Barat.

Dr Ramadan kini berhadapan dengan tuduhan liar di Perancis. Beliau telah bekerjasama dengan sukarela dengan siasatan namun ditahan sebelum keputusan dibuat sama ada tuduhan ini patut dibawa ke mahkamah atau tidak. Kini dimaklumkan beliau dimasukkan ke dalam hospital kerana tidak sihat ketika dalam tahanan.

Kedua-dua pihak – Dr Ramadan dan pihak yang menuduhnya mempunyai ruang di mahkamah nanti. Prinsip asas keadilan – tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah mesti dipertahankan.

Sebarang perbicaraan mesti dibuat secara adil mengikut proses yang sewajarnya. Pihak media sewajarnya tidak menghakiminya menerusi media dan melaporkan kes ini secara adil.

Tariq Ramadan mesti dibebaskan serta-merta.

#FreeTariqRamadan

Free Tariq Ramadan Campaign

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA PEMUDA HARAPAN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN

18 Februari 2018

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *