Lombong untuk menantu, apakah kelayakan syarikat soal Husam Musa

Ladang Rakyat telah meluluskan dua kawasan lombong seluas 200 hektar setiap satu kepada orang yang sama. Di Bertam, Ulu Nenggiri.

Nolimits Sdn Bhd dan Nenggiri Tin Sdn Bhd dimiliki orang yang sama. Salah seorang pemiliknya adalah menantu bekas pimpinan utama Kerajaan Kelantan.

Pertanyaan saya tiga:

1. Apa kelayakan syarikat ini?

2. Sejak bila Ladang Rakyat menceburkan diri dalam perlombongan?

Soalan ketiga, atas sebab-sebab taktikal, saya simpan dahulu buat sementara waktu.

Berdasarkan maklumat dalam dokumen SSM, syarikat hanya ditubuhkan pada akhir 2015 dan 2017. Syarikat tidak mempunyai apa-apa kemampuan kewangan, pengalaman kerja atau kepakaran perlombongan.

Kebimbangan saya, kelulusan ini termasuk Operasi Sapu Bersih Sebelum Tewas. Malang bagi rakyat dan negeri Kelantan. Saksikan dokumen berkaitan utk mantapkan kepercayaan ats apa yg saya sebutkan.

Husam Musa

Adun Salor

Naib Presiden Amanah Nasional

19 Februari 2018

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *