SPR enggan ikut perlembagaan, masih kekalkan syor persempadanan pertama

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersikap degil dan tidak mahu mengikut perlembagaan apabila masih lagi mengekalkan syor persempadanan pertama sehingga Pakatan Harapan terpaksa melakukan sekali lagi bantahan terhadap syor persempadanan kedua yang dipamerkan.

“Bersih bersama-sama dengan pakatan pembangkang kerana kita melihat persempadanan semula di Selangor kita dapati terdapat bukti yang mana masih terdapat merigandering masih berlaku terhadap syor pertama.

“Kita rasa SPR masih degil dan tidak mahu ikut perlembagaan.

“Kita ada empat keadaan dalam persempadanan pertama kesamarataan (proximerly equal), hubungan setempat(local ties), pentadbiran persempadanan (administrative boundering) dan tidak melintasi kawasan pilihan raya (crossing constituency).

“Bila kita lihat peta dan syor kedua yang dihantar SPR semua perkara itu dilanggar.

“Saya rasa ini bukan hanya kerana kita bantah sebab persempadanan semula, ini adalah satu proses kita hendak melindungi perlembagaan dan sistem demokratik di negara ini.

“Saya harap SPR akan mengambil perhatian tentang semua bantahan.

“Dari Bersih sahaja ada 100 bantahan keseluruhan PH sudah dapat 30,000 orang dan kita harap lebih banyak lagi bantahan dilakukan oleh rakyat akan dihantar kepada SPR sehingga esok,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan di Ibupejabat SPR Selangor semalam.

Malaysia Dateline melaporkan, semua bantahan bagi syor kedua persempadanan semula SPR berakhir pada 14 Februari.

Ditanya sama ada Bersih akan mengadakan protes terhadap SPR sekiranya syor pertama dikekalkan, Maria berkata, Bersih masih lagi menanti SPR mengambil maklum setiap bantahan yang dibuat.

“Kami masih harap ada perubahan selepas bantahan syor kedua dan selepas dibentangkan di kabinet.

“Jika perdana menteri (Datuk Seri Mohd Najib Razak) faham persempadanan semula SPR ini melanggar perlembagaan, perdana menteri harus menerimanya,” ujarnya.

Hari ini Jawatankuasa Pilihan Raya Pakatan Harapan bersama Bersih hadir ke ibupejabat SPR Selangor di Shah Alam untuk menyerahkan sejumlah 30,000 tandatangan dengan 200 bantahan terhadap syor kedua kawasan pilihan raya di negeri itu.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *