Amanah nafi keputusan muktamad sudah dibuat mengenai Parlimen Ayer Hitam

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (AMANAH) menafikan keputusan muktamad sudah dibuat berkaitan kerusi parlimen Ayer Hitam di Johor.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata, setakat ini belum ada sebarang ketetapan diputuskan Pakatan Harapan (HARAPAN) mengenai kerusi berkenaan, lapor Malaysiakini.

Mengulas kenyataan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, Mohamad berkata calon di Ayer Hitam yang mewakili HARAPAN belum ditentukan.

“Kita akan bincang. Belum ada keputusan muktamad,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor di Shah Alam 13 Februari lalu.

Pada 10 Feb lalu Loke mengesahkan DAP akan menurunkan calon mereka untuk mencabar Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di Ayer Hitam.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *