Ambiga akui polis belum soal beliau berkenaan dakwaan Sarawak Report

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Badan Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan, berkata polis belum berjumpa dengannya, tiga bulan selepas mengumumkan bahawa mereka akan menyiasatnya atas dakwaan khianat awam.

Polis mengumum hasrat untuk menyiasat Ambiga selepas beliau dinamakan oleh Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown sebagai sumber artikel yang mendakwa PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, lapor Malaysiakini.

“Sudah lebih dua bulan dan mereka belum menghubungi saya,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Ambiga, beliau bersedia membantu siasatan polis jika diperlukan.

Dilaporkan bahawa pada 1 Nov tahun lalu, pengerusi NGO Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM) Zulkarnain Mahdar membuat laporan polis terhadap Ambiga berikutan pendedahan dalam kenyataan pembelaan Brown terhadap saman fitnah yang difailkan oleh PAS di UK.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dipetik sebagai berkata pada 11 Nov lalu bahawa mereka akan menyoal Ambiga untuk mendapatkan kenyataannya.

Majlis Peguam dan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah ketika itu mendakwa bahawa laporan dan siasatan polis berkenaan merupakan satu gangguan atau intimidasi.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *