Amanah Pahang cadang dua nama calon untuk Parlimen Temerloh kata Dr Hamzah

KUANTAN: Amanah Pahang akan meletakkan calon tempatan untuk bertanding di kerusi Parlimen Temerloh pada PRU14,yang mana ianya telah diputuskan akan ditandingi oleh Amanah.

Pengerusi Amanah Negeri, Dr. Hamzah Jaaffar berkata, keputusan peringkat negeri menetapkan calon tempatan akan diletakkan di Temerloh atas permintaan ahli-ahli di kawasan itu.

“Setakat ini kita sudah sediakan dua nama calon untuk bertanding di Parlimen Temerloh. Kedua-dua calon itu adalah calon tempatan dan telah diangkat ke Amanah Nasional.

“Tapi buat masa ini, saya tidak boleh dedahkan siapa individu yang akan dicalonkan ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Sebelum ini, Amanah ada memaklumkan parti berkenaan sudah ada dua calon untuk bertanding di Parlimen berkenaan.

Bagaimanapun, Dr Hamzah berkata, Amanah Pahang bersedia untuk akur sekiranya Amanah Nasional memilih calon lain dari kalangan pimpinan Amanah Nasional.

“Kita terima apa saja keputusan daripada Amanah Nasional berkaitan isu calon ini. Apa yang penting adalah kita meraih undi dan menang di tempat yang bakal Amanah tandingi pada PRU ini,” katanya.

Menyentuh mengenai kerusi yang akan dipertandingkan oleh Amanah pada PRU14, Dr Hamzah berkata, setakat ini Amanah telah diperuntukkan 11 kerusi Dun Pahang.

Jelasnya, namun sehingga kini, terdapat dua lagi masih dalam perundingan dengan rakan dalam Pakatan Harapan (Harapan).

“Buat masa ini saya tak boleh dedahkan kawasan Dun mana yang akan Amanah letakkan calon. Ini kerana kedudukan dua lagi kerusi Dun, masih lagi dalam perundingan. Sebolehnya Amanah tidak mahu mengganggu urusan perundingan peringkat Pakatan Harapan Pusat.

“Lagipun apabila perundingan akhir dibuat nanti, kemungkinan berlaku pengurangan atau pertambahn kerusi Amanah di negeri ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Dr Hamzah turut diminta mengulas penarikan pingat Naib Presiden Amanah, Husam Musa adalah perkara biasa yang menjadi hak kepada sultan.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *