AMANAH gesa kerajaan tidak gadai maruah umat Islam Uighur kerana kuasa besar China

KUALA LUMPUR: Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah Nasional, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mahu kerajaan menimbang semua menghantar pulang pelarian Islam Uighur yang ditahan di negara ini kembali ke China.

Beliau berkata, tindakan kerajaan itu amat menyedihkan dan mengejutkan umat Islam di negara ini dan dunia Islam.

“Rekod buruk Negara China Komunis ke atas kaum minoriti Islam Uighur didalam negara mereka amat dahsyat dan terkenal dikalangan pihak pejuang hak asasi manusia dan juga Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB).

Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah Nasional, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad

“Kalau Kerajaan Malaysia boleh menangguh permintaan kerajaan India untuk menyerahkan Zakir Naik, yang mungkin boleh mendapat perlindungan di Negara Islam lain kerana beliau seorang yang terkenal, kenapakah kita begitu senang hendak menyerahkan pelarian Uighur ini terus ke negara China?,” soalnya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada September lalu, dipetik berkata Malaysia menahan 29 “militan Uighur” yang terlibat dengan IS.

Zahid berkata China memuji Malaysia atas penangkapan itu dan menjalinkan kerjasama 2 hala dalam keselamatan sejak hubungan diperkuatkan.

Etnik Uighur adalah kumpulan majoriti di wilayah Xinjiang, China yang mempunyai penduduk majoriti Islam.

China dituduh melakukan pelanggaran hak asasi manusia di Xinjiang dengan menyeksa tahanan Uighur dan melaksanakan kawalan ketat terhadap agama dan budaya mereka. Bagaimanapun, negara itu menafikan sebarang tuduhan.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu berkata, tindakan kerajaan itu menunjukkan Malaysia tunduk kepada tekanan negara China.

Walaupun kerajaan menyedari umat Islam Uighur hampir pasti akan menerima nasib yang buruk ditangan rejim Komunis China itu.

“Walaupun jika negara China meminta secara rasmi kaum Uighur di extradisi ke China, Malaysia boleh menolak permohonan tersebut atas sebab sebab tertentu.

“Mengikut amalan antarabangsa jika mereka yang di extradisi di percayai akan dikenakan hukuman berat yang tidak adil atau tidak akan mendapat perbicaraan yang adil, mereka hendaklah di lindungi dari menerima nasib sedemikian. Ini adalah atas pertimbangan hak keadilan universal serta perikemanusiaan.

“Oleh itu adalah kejam jika kerajaan Malaysia menghantar mereka pulang kerana mereka yang pernah dipulangkan ke China terdahulu telah hilang tanpa dapat dikesan sehingga hari ini.

“Kenapakah kerajaan Malaysia bersikap kejam dalam isu kaum Uighur ini?

“Adakah kerana jalinan “mesra” dengan kerajaan China Komunis dan ikatan ekonomi mempengaruhi tindakan ini? Adakah andaian mengadai ekonomi negara kepada negara China kini menjadi pengadaiaan nyawa kaum Muslim Uighur yang tertindas pula ?

“Penjajahan moden hari ini bukan lagi melalui kuasa ketenteraan tetapi penjajahan hari ini ia adalah melalui kuasa ekonomi seperti yang di miliki oleh Negara China hari ini. Adakah ini petanda “penjajahan” telah bermula di Malaysia ?

“Kalau kerajaan tidak mudah mengalah dalam isu Zakir Naik yang di minta oleh kerajaan India, mengapa Malaysia begitu mudah mengalah pula kepada permintaan negara China dengan layanan istimewa ini?,” soalnya lagi.

Tegas Raja Kamarul Bahrin lagi, bukan hanya tanah dan ekonomi Malaysia mudah digadai ke negara China, adakah maruah semangat persaudaraan kaum Islam Uighur yang di tindas juga di gadai kerana tunduk atas kehendak kuasa ekonomi negara China.

Beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak memberi penjelasan dalam isu ini.

Bahgkan pada 9 Januari lalu, Pertubuhan hak asasi manusia global Human Rights Watch (HRW) dala kenyataan pertubuhan itu menggesa Malaysia tidak mengusir 11 etnik Uighur Islam dari China yang dilaporkan ditahan di Malaysia, selepas melarikan diri dari penjara Thailand tahun lalu.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *