AMANAH Hulu Langat bertemu pengundi sambil menyampaikan buah limau, kad ucapan

HULU LANGAT: AMANAH yakin terhadap calonnya yang akan bertanding di kerusi Parlimen Hulu Langat pada pilihan raya umum ke-14 akan datang amat dikenali di kalangan pengundi di Hulu Langat.

Dalan siri lawatan bertemu pengundi di Hulu Langat semalam bersempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina minggu hadapan, Naib Presiden AMANAH Hasanuddin Mohd Yunus bersama Ketua Wanita AMANAH Hulu Langat Negeri Rawiyah Zakaria dan AJK AMANAH Kawasan telah turun di beberapa kawasan di bawah Parlimen Hulu Langat, lapor Malaysia Dateline.

“Saya percaya AMANAH dan rakan dalam Pakatan Harapan telah berusaha dalam beberapa minggu sebelum ini untuk bertemu sebanyak mungkin pengundi di Hulu Langat sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan menjelang tidak lama lagi.

“Hari ini kami sempat menyerahkan buah limau dan kad uccapan kepada pengundi.

“Kami dapati mereka mengalukan kehadiran kami untuk mendekati mereka.

“Malah ada dikalangan mengundi melaunkan perkata ‘ mari ubah’ kepada jentera pilihan raya AMANAH,” ujarnya.

Semalam AMANAH Kawasan Hulu Langat berkunjung ke Pasar Sungai Chua jam 8 pagi bersama 10 AJK parti dan pada sebelah petang akan menuju ke Dun Semenyih untuk menyerahkan duit raya kepada 50 Keluarga pada jam 4.30 petang ini di Kampong Baru Broga.

Dengan kunjungan di beberapa kawasan sebelum ini seperti di Dun Dusun Tua dan Pasar Kampung Baru Semenyih menampakan sokongan terhadap Pakatan Harapan, Hasanuddin yakin dengan sokongan pembangkang itu menampakan peluang cerah PH menawan Putrajaya dalam PRU14.

“Melihat kepada sokongan pengundi di Hulu Langat ini kita yakin akan dapat membantu PH untuk menuju Putrajaya,” ujarnya.

AMANAH Hulu Langat juga akan meneruskan gerak kerja mendekati pengundi di dua lagi lokasi pada pada Selasa jam 5 petang di Batu 9 Cheras dan pada Rabu jam 5 petang di Sungai Makau dan Kampung Baru Semenyih.

Setakat hari ini AMANAH Hulu Langat telah mengedarkan 150 kotak buah limau dan 7,000 kad ucapan sambutan tahun baru Cina kepada pengundi.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *