Amanah Parit sasar RM130 ribu kutipan dana PRU14 daripada ahli dan penyokong

Amanah P.069 Parlimen Parit mensasarkan kutipan RM40,000 sempena Makan Malam Gear 5 Raih Dana Bantu Parlimen Parit yang akan dianjurkan di Kuala Lumpur pada Sabtu, 24 Februari ini jam 8.00 malam.

Sebanyak 40 meja bernilai RM1,000 setiap satu akan dijual kepada organisasi, korporat dan individu bagi mengisi dana PRU14 yang akan diadakan tidak lama lagi. Ia akan dikendalikan sepenuhnya oleh Amanah Parlimen Batu sebagai rakan bantu dan rakan strategik PRU14.

Kepada mereka yang ini menyumbang dalam Program Makan Malam ini, menaja atau ingin menyertai – boleh berbuat demikian dengan berinteraksi melalui aplikasi whatsApp 0196655150 (Tarmizi) atau 0125367699 (Cikgu Rafaie Kasimi Hj Bahari) sebelum 15 Februari ini.

Selain itu, Amanah juga sudah melancarkan Projek Standing Instruction Dana PRU14 dengan mensasarkan seramai 300 penyertaan ahli dan penyokong parti dari seluruh negara dengan menyumbang secara tetap potongan bank RM100 seorang selama 3 bulan berturut-turut mulai Februari ini pada setiap 5 haribulan. Ia mensasarkan kutipan dana RM90,000 awal Mei ini.

Ahli Amanah, penyokong dan penggerak Pakatan Harapan sangat dialu-alukan untuk menyumbang pada kedua-dua program tersebut atau menginfakkan apa jua sumbangan yang boleh mengisi dana PRU14.

>> Komentar bebas Tarmizi Mohd Jam, Koordinator Amanah P.069 Parit dan Pengarah Program Makan Malam Gear 5 & Projek Standing Instruction Dana PRU14 Parlimen Parit I 10 Februari 2018

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *