Seorang lagi bekas AJK Pas Kawasan Parit sertai AMANAH, tak yakin dengan halatuju Pas

PARIT: Seorang lagi bekas AJK Pas Kawasan Parit dan kali ini Haji Mohd Darus Kulop Ismail (gambar – berbaju Melayu biru) dari Kampung Padang Bola, Pekan Parit mengisytiharkan diri menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).

Beliau mengambil keputusan menyertai Amanah setelah tidak yakin lagi dengan hala tuju Pas yang sedang dibawa oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang kini semakin merapati Umno-Barisan Nasional (BN).

“Kalau kita tengok tv sudah cukup, tiap-tiap malam pemimpin Pas ‘gigit’ Tun Mahathir, Amanah dan PH. Sedikit pun mereka tak berani nak ‘gigit’ Najib dan UmnoBN. Apa maknanya ini?” tanya beliau.

Haji Darus menyerahkan borang keahlian AMANAH pada Sesi Teh Tarik di gerai MDPT Pekan Parit Ahad lalu.

Turut bersama dalam majlis berkenaan ialah Ketua AMANAH Parit, Baharurazi Hj Ahmad, Koordinator AMANAH Parlimen Parit, Tarmizi Mohd Jam, dua AJK AMANAH, Azmi Ariffin dan Saudara Emy, Ketua Pemuda AMANAH Azizi Mustafa dan Pengarah Kempen PRU14, Syamsul Jujiannikefly.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *