Banjir Sarawak makin buruk, mangsa meningkat kepada 4,859 orang

KUCHING: Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri ini terus meningkat kepada 4,859 orang merangkumi 1,463 keluarga setakat 8.00 malam 6 Februari lalu.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata keadaan banjir semakin buruk menyaksikan penambahan 257 mangsa berbanding berbanding 4,602 orang dicatatkan setakat petang tersebut, lapor Bernama.

Beliau berkata semua mangsa ditempatkan di 25 PPS di Samarahan, Serian, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Mukah dan Limbang.

“Jumlah penduduk terjejas banjir paling tinggi direkodkan di Samarahan menyaksikan 1,709 berada di 7 PPS, 7 PPS di Serian (1,192), 2 PPS di Bintulu (878),2 PPS di Sibu (597), 3 PPS di Limbang (388), 3 PPS di Mukah (87) dan sebuah PPS di Sarikei (8),” katanya dalam satu kenyataan.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *