‘Ape deme bagi ambek’ – PH gesa pengundi Parit lakukan perubahan dalam PRU14

Walaupun Umno Bahagian Parit sedang lemas hadapi gerakan segelintir ahli untuk menyingkirkan Ketuanya, Dato’ Zaim Abu Hassan yang sudah lima penggal menjadi wakil rakyat di sini dari terus bertanding dalam PRU14 tidak lama lagi, namun Amanah dan Pakatan Harapan terus bekerja kuat menemui pengundi dan menggerakkan mood perubahan.

Gabungan mantap tiga parti – Amanah, PKR dan Bersatu dalam Pakatan Harapan di Parlimen Parit menjadi kekuatan dan tukul besi yang akan menggugat keselesaan UmnoBN untuk menang mudah.

Isu GST, kenaikan harga barangan yang melambung, tiada peluang pekerjaan, dadah, harga minyak naik, janji BN dicapati kononnya akan dibina Hospital Sri Iskandar, Jambatan Lambor Kanan-Lambor Kiri dan Lapangan Terbang – kini menjadi buah mulut kemarahan pengundi dan kayu ukur bagi mereka menilai kesungguhan BN mambantu rakyat dan memajukan Parlimen Parit.

Pakatan Harapan menyeru seluruh pengundi Parlimen Parit termasuk dalam Dun Bota dan Dun Blanja agar melakukan perubahan drastik dalam PRU14 akan datang dengan merehatkan BN dan memenangkan parti-parti Pakatan Harapan yang bertanding.

PRU14 dan penyertaan Tun Mahathir Mohamad yang sudah bersama memimpin Pakatan Harapan merupakan ruang terbaik untuk rakyat melakukan perubahan, membina semula negara dan beri peluang kepada Pakatan Harapan mentadbir Putrajaya dengan urustadbir yang baik.

Ini Kali Le Kite Tuko… Para pengundi Parlimen Parit diingatkan agar tidak takut atau runsing dengan ‘umpan’ yang diberikan kepada mereka pada musim pilihan raya sekarang. Pastikan umpan dimakan tidak bersama mata kailnya sekali.

Berpeganglah dengan ingatan ini; “Apa deme bagi ambik. Bagi gule kacau. Bagi kain pakai. Bagi ayam sembelih. Bagi basika kayuh. Bagi susu bancuh. Bagi beras tanak. Bagi lembu ternak. Bile ngundi pangkah Pakatan Harapan.”

Ingat! Semua ‘umpan’ barangan yang BN beri kepada pengundi itu adalah datang dari duit rakyat sendiri, bukan duit kocek pemimpin BN dan Umno. Mereka hanya ‘menggayakan’ sahaja dengan wajah mereka supaya rakyat mengatakan ianya datang daripada Umno dan BN.

>> Komentar bebas Tarmizi Mohd Jam, Timbalan Pengerusi Amanah WP, Naib Pengerusi Pkatan Harapan WP dan Koordinator Amanah P.069 Parit I 7 Februari 2018

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *