13 NGO desak perbaharui Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 diperbaharui

KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa individu mendesak agar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) diperbaharui bagi menjamin keselamatan orang awam.

Dalam satu kenyataan media, gabungan NGO itu juga mendesak siasatan dilakukan ke atas kebocoran data peribadi yang didakwa boleh mengancam keselamatan individu terbabit.

Gabungan NGO itu juga mahu semua transaksi digital mempunyai ciri-ciri keselamatan yang diperlukan, seperti dilapor Sinar Online.

“Selain itu, satu dasar dan piawaian standard perlu diperkenalkan kepada semua agensi kerajaan yang mengendalikan data peribadi bagi memastikan ia diproses selamat dan tidak terdedah kepada penyalahgunaan.

“Setiap agensi kerajaan yang berkaitan juga perlu dipertanggungjawabkan untuk sebarang kebocoran data di jabatan mereka,” katanya.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh antaranya Amnesty International Malaysia, Centre for Independent Journalism, Empower, Saya Anak Bangsa Malaysia dan Saya Anak Malaysia (Suaram).

Ia sebagai respon kepada laporan media bertarikh 28 Januari lalu berhubung kebocoran data yang melibatkan 220,000 penderma organ berdaftar.

Laporan media itu juga menyebut, kebocoran data termasuk nombor MyKad, alamat rumah dan nombor telefon penderma dan pengikrar serta ahli keluarga mereka.

Pada September 2017, forum dalam talian, lowyat.netmelaporkan kebocoran data melibatkan 46.2 juta pengguna telefon mudah alih di Malaysia yang membabitkan butiran peribadi, nombor MyKad, alamat dan nombor telefon mudah alih.

Kebocoran data yang besar ini dikatakan berlaku sepanjang tahun 2014 hingga 2016.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *