Mahathir terbukti ada gelombang senyap untuk lemaskan ‘pemimpin raksasa’

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau berdepan tugas berat menjelang pilihan raya umum akan datang. Walau bagaimanapun, beliau tetap yakin dengan peluangnya, dengan syarat pilihan raya ke-14 itu dijalankan secara adil.

“Ada gelombang sokongan. Gelombang senyap,” katanya kepada Financial Times (FT) dalam satu temu bual baru-baru ini.

Seperti dijangkakan, bekas perdana menteri itu membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menjadikannya sebagai sasarannya.

Menurut FT, apabila disoal alasannya untuk bertanding semula, ahli politik berusia 92 tahun itu mengakui beliau mahu menumbangkan Najib.

“Untuk menghapuskan pemimpin raksasa itu,” katanya. Menurut Mahathir, Najib “berjaya mengkoruopkan semua orang”.

Memandangkan senario ini, Mahathir, kata artikel itu, melihat dirinya sebagai penyelamat yang terpaksa dan berikrar akan menyerahkan negara kepada penggantinya sejurus selepas itu.

“Saya bukan mahu jawatan. Saya membiarkan diri saya digunakan kerana saya fikir saya boleh membantu,” katanya.

Mengenai kerja sama dengan bekas sekutu yang bertukar menjadi seteru, Mahathir menafikan bahawa pakatannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Machiavellian. Beliau sebalik menggambarkannya sebagai pragmatik.

“Perkara aneh berlaku dalam politik. Keadaan ini memerlukan perubahan untuk mencapai objektif tertentu,” katanya.

Apabila isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ditanya sama ada beliau mempercayai bekas perdana menteri itu, berhubung apa yang berlaku sebelum ini, beliau menjawab: “Saya percaya kepada Tuhan.”

Sebaliknya, Naib Presiden PKR, Tian Chua melahirkan rasa kesal berhubung kegagalan pembangkang untuk menawarkan seorang pemimpin lebih muda dan “kurang bagasi” tetapi menegaskan bahawa Mahathir adalah “ikon dan cabaran serius kepada kerajaan”.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *