Menyangkakan mereka buat jualan amal, tetapi pameran kulit kayu bakau menjadi kain

Kulit kayu bakau yang dikitar semula di Kuala Sepetang. Baru-baru ini semasa program kitar semula di Pekan Kuala Sepetang, saya melihat satu kaunter pameran yang menarik.

Dari jauh saya menyangka mereka membuat jualan amal, tapi rupanya-rupanya pameran kain daripada hasil kulit kayu bakau yang di kitar semula menjadi kain.

Menariknya, kulit kayu bakau ini diambil dari pesisir pantai Kuala Sepetang. Kuala Sepetang merupakan salah satu dari kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang berada di dalam Parlimen Bukit Gantang.

Saya bangga dan bersyukur mempunyai hasil bumi yang boleh dimanfaatkan menjadi sumber pendapatan kepada penduduk sekitar Bukit Gantang khususnya.

Kayu bakau Bukit Gantang terdiri daripada jenis kayu terbaik di dunia. Arang yang dihasilkan dari kayu bakau di kawasan ini adalah arang yang terbaik di dunia.

Saya difahamkan perusahaan kayu bakau di Bukit Gantang dikawal rapi pengeluarannya oleh Jabatan Perhutanan Perak. Terima kasih kepada agensi berkenaan kerana memelihara khazanah alam ini.

Saya ucapkan tahniah kepada Adun Kuala Sepetang, Chua Yee Ling kerana berjaya membawa kayu bakau Kuala Sepetang di persada dunia.

Hal ini kerana semakin hari semakin ramai pelancong dalam dan luar negara yang singgah melihat keindahan panorama alam kurniaan Tuhan di Kuala Sepetang.

Ir Megat Sharifuddin bersama petugas pameran menunjukkan produk beg kain daripada kulit kayu bakau.

>> Komentar bebas Ir Megat Sharifuddin Ibrahim, Timbalan Ketua AMANAH Bukit Gantang I 28 Januari 2018

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *