Jenazah Dr Noraini, isteri Adun Batu Buruk telah disemadikan pagi tadi

KUALA TRENGGANU: Jenazah Dr Noraini, isteri kepada Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi akan disolatkan di Surau Al Iman, Losong, Kuala Terengganu jam 9 pagi ini.

Menurut anaknya, Syed Marwan Syed Azman, Allahyarhamah Dr Noraini menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 3.45 petang semalam di Kuala Terengganu.

“Umi meninggal dunia dijemput Ilahi petang Jumaat jam 3.45 petang 26 Januari.

“Sakaraltul mautnya mudah, InsyaAllah,” tulis beliau.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu meninggalkan lima anak dan seorang cucu hasil perkongsian hidupnya dengan Dr Syed Azman, bekas AJK Pas Pusat itu.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *