Presiden AMANAH diraikan oleh aktivis di masjid bulan sebaik tiba di Pasir Mas

PASIR MAS: Presiden AMANAH, Mohamad Sabu yang tiba di Kelantan petang kelmarin disambut oleh para aktivis dan pimpinan Amanah setempat di masjid bulan yang selama ini menjadi markas Pas.

Beliau turut merasmikan Bilik Operasi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kubang Bemban dalam Dun Pengkalan Pasir, lapor Malaysia Dateline.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pengerusi AMANAH Pasir Mas Che Rahim Che Daud yang menyampaikan ucapan aluan di majlis itu berkata, kini bangunan itu bertukar menjadi bilik operasi AMANAH dan Pakatan Harapan (PH).

“Bangunan sebelah masjid bulan ini diberi kebenaran untuk dijadikan bilik operasi PDM oleh pemiliknya,” katanya.

Mohamad dalam ucapannya menyatakan keyakinan PH akan menang dalam PRU 14.

“Pagi tadi ada perjumpaan pimpinan PH diketuai Tun Mahathir dengan duta-duta negara Kesatuan Eropah (EU).

“Jelas kepercayaan mereka akan berlaku perubahan kerajaan dalam pilihan raya ini.

“Kita hanya minta supaya mereka memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia supaya menjalankan pilihan raya dengan adil,” katanya.

Presiden AMANAH itu dijadualkan berada di Kelantan selama tiga hari.

Malam tadi beliau merasmikan Bilik Operasi Pilihan raya (BOP) PH Dun Pengkalan Pasir manakala hari ini dijadual merasmikan Bilik Operasi Pilihan raya PH Dun Air Lanas.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *