Anak saudara Hadi beri bayangkan sedia jadi calon PRU14 tanding di Parlimen Marang

MARANG: Ketua Amanah Kawasan Marang Miqdad Zakaria seolah-olah membayangkan beliau berkemungkinan akan menjadi calon dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang dan bertanding di Parlimen Marang yang kini diwakili oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Walaupun pernah dilaporkan sebelum ini beliau keberatan untuk bertanding melawan bapa saudaranya itu di Marang pada PRU14, namun beliau juga tidak menyatakan hasrat untuk tidak bertanding di mana-mana kawasan sekiranya ditawarkan.

Menerusi statusnya di laman facebook semalam, beliau memberikan respon terhadap muka hadapan akhbar Sinar Harian yang memaparkan tajuk utamanya: ‘Anak Saudara Cabar Hadi’?.

Miqdad berkata, mana-mana calon yang bertanding perlu laksanakan tanggungjawab kepada rakyat sekiranya berlaku pertembungan antara Pakatan Harapan, Pas dan BN ia sebagai tiga blok berasingan itu.

“Kalau bertembung tu bertembunglah nak buat macam mana? Pakatan Harapan, Pas dan BN adalah 3 blok berasingan.

“Tanggungjawab calon adalah terhadap rakyat dan kerja tu kena juga buat.

“Sesiapa yang bertanding tu kena laksanakan,” ujarnya.

Miqdad dipetik pernah berkata pendiriannya untuk tidak menjadi calon PRU14 jelas walaupun Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang tidak mempertahankan kerusi sama.

Katanya, penyertaannya ke dalam Amanah adalah untuk mengubah landskap politik di Marang.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *