Ekoran kelakuan pelik pelakon, Mufti WP mahu berjumpa dengan pelakon Iqram Dinzly

Viral dengan pelbagai kontroversi melibatkan perangai dan kelakuan pelik pelakon Iqram Dinzly yang selalu di upload ke instagramnya samada foto,video mahupun live video dengan aksi keterlaluan, Mufti Wilayah Persekutuan berhasrat untuk bertemu pelakon terbabit.

Datuk Dr Mohamad Zulkifly Al-Bakri melalui surat terbuka yang dimuat naik di laman facebook rasmi Mufti Wilayah Persekutuan 27 Disember lalu, telah menasihati Iqram untuk sentiasa berzikir dalam menghadapi musibah yang menimpa keluarganya.

“Salam perkenalan kepada saudara yang kami kasihi, Iqram Dinzly.

“Baru-baru ini kami terbaca laporan akhbar, juga kisah-kisah di media sosial berkenaan kehidupan saudara kini.

“Kami nasihatkan saudara supaya mendekati al-Qur’an, begitu juga zikir-zikir. Kami ada menonton beberapa LV saudara yang menunjukkan saudara adalah seorang yang melazimi zikir. Itu adalah hal yang amat baik kerana hanyasanya dengan mengingati Allah SWT, jiwa akan menjadi tenang, ujarnya.

Dr Zulkifli turut mengucapkan takziah diatas kembalinya kerahmatullah bapa pelakon itu baru-baru ini

“Kami ingin ucapkan takziah atas pemergian papa tercinta, almarhum Muhammad Saipuddin Ahmad Said.

“Semoga Allah menghimpunkannya bersama-sama dengan orang yang soleh. Kami percaya, saudara Iqram dan mama, amat tabah menghadapi ujian ini.

“Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Iqram sekeluarga. Kami juga yakin, Iqram mampu menjaga mama dengan sebaiknya setelah pemergian papa yang dikasihi,” ujarnya.

Berkenaan hal-hal yang berlegar di media sosial, menurut Dr Zulkifly lagi, pihaknya mengambil sikap berkecuali kerana tidak tahu keadaan yang sebenar. Dalam masa yang sama, mengambil maklum akan cemuhan dan kata-kata kasar daripada netizen terhadap pelakon itu.

“Nasihat kami, cemuhan-cemuhan berkenaan tidak perlu dipedulikan dan diambil perhatian kerana sejujurnya ia akan lebih memberikan tekanan kepada saudara

Semoga Allah memberikan ketabahan kepada saudara dalam menempuh ranjau kehidupan dengan penuh kesabaran dan kekuatan. Amin,” ujarnya yang turut memberikan emailnya peribadinya untuk dihubungi pelakon terbabit.

Iqram Dinzly atau nama sebenarnya, Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin menjadi bualan sensasi di media sosial kerana sikap peliknya yang dikatakan semakin menjadi-jadi.

Paling terkini, Iqram menerusi laman Instagram memuat naik status tentang keinginan untuk melakukan seks oral dengan seorang lelaki, pernah menyatakan beliau berkeinginan untuk membunuh diri dan menyalahkan netizen kerana mengutuknya.

Namun Iqram dala satu kenyataan pada 23 Disember lalu berkata, mendedahkan aksi pelik dalam beberapa rakaman di media sosial yang dimuat naiknya hanyalah sekadar gimik awal untuk mempromosikan perniagaan.

Demi memperkenalkan perniagaan barunya di bawah jenama Bawaabata Merebucks, Iqram sanggup ‘menggadaikan diri’ dan berhadapan kecaman netizen.

“Lebih sedekad dalam industri hiburan, saya akur jika kita berbuat baik tiada siapa yang akan ambil peduli. Tetapi apabila sesekali berkelakuan aneh, mereka akan berterusan memperkatakannya hingga mencetuskan kontroversi.

“Mungkin ada yang melihat cara saya ini sebagai pemberontakan, tetapi saya ada sebab tersendiri mengapa berbuat demikian. Saya perlu melakukan anjakan dengan niat untuk memperkenalkan perniagaan merangkumi fesyen dan seni dengan lebih jauh,” katanya memetik laporan portal BH Online.

Iqram juga pernah dihentam netizen kerana memuat naik gambar swafoto bersama arwah bapanya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said dalam keadaan terlantar tenat. Apatah lagi foto itu memperlihatkan gula-gula di mulut bapanya. Bapanya meninggal dunia pada 10 Oktober lalu.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *