Tun Daim persoal Kerajaan BN sama ada Projek ECRL China pinjaman atau pelaburan

SUBANG JAYA: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin mempersoalkan sama ada projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) bernilai RM60 bilion adalah satu bentuk pelaburan kepada negara.

Daim berkata, sekiranya kerajaan perlu membayar balik kos pembiayaan projek itu – yang dikatakan dibiayai dana daripada Bank Eksport-Import China – maka ia adalah satu bentuk pinjaman, lapor FMT.

“Kalau betul dia bawa duit, ok lah, berapa banyak pelaburan dia bawa masuk? Keretapi dia bawa duit?

“Kalau ‘loan’ makna kata dia bayar balik? Kalau bayar duit itu makna pelaburan? Kalau kamu pelabur kamu kata apa?…tidak, itu pinjaman,” katanya kepada pemberita selepas satu program dialog tertutup Sabtu lalu.

Daim juga menggesa kerajaan membawa masuk pelaburan ke dalam negara bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Beliau berkata, perkara itu perlu disegerakan memandangkan rakyat kini sukar mendapat pekerjaan, termasuk lepasan universiti.

“Yang penting pelaburan bagi peluang pekerjaan laporan ramai tak dapat kerja jadi patut kerajaan wujudkan persekitaran supaya orang datang melabur dan dapat bagi peluang pekerjaan.

“Saya baca laporan Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) merungut ramai kena buang kerja, jadi kena pastikan sesuatu dilakukan segera untuk menangani isu ini,” katanya.

Pelaburan dari China ke Malaysia menimbulkan kebimbangan banyak pihak terutamanya membabitkan isu kedaulatan negara seperti projek pembangunan ECRL.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun menepis dakwaan kedaulatan negara terancam dengan pelaburan China, dan menegaskan kerajaan tetap memelihara kedaulatan Malaysia.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *