Pusat Khidmat Peduli Rakyat AMANAH Dun Manjoi rai pelajar sekolah

IPOH: Sempena sesi persekolahan 2018 yang bakal tiba, Pusat Khidmat Peduli Rakyat (PKPR) Dun Manjoi telah mengambil inisiatif untuk menghulurkan sumbangan kepada pelajar dari keluarga yang memerlukan.

PKPR Dun Manjoi adalah dibawah kelolaan Parti AMANAH Negara Kawasan Tambun.

Penerima sumbangan untuk kali ini adalah seramai 150 orang pelajar daripada pelbagai latar belakang dan bangsa. Setiap mereka menerima sepasang kasut, beg dan pakaian seragam.

Haji Asmuni Awi selaku Pengerusi Parti AMANAH Negara negeri Perak turut hadir bagi menyampaikan sendiri sumbangan.

Ketika dihubungi, beliau mengharapkan program seumpama ini dapat meringankan bebanan ibu bapa dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *