MCA dan Pas kini bekerjasama pukul gendang Umno dakyah Kit Siang bakal PM

Propaganda UMNO kononnya Lim Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri apabila Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan terus dimainkan walaupun pemimpin veteran itu telah menegaskan bahawa beliau tidak akan menjadi PM.

Lebih rancak lagi, kini MCA dan PAS dilihat saling berganding bahu melancarkan serangan terhadap Ketua Parlimen DAP itu, di saat-saat Pilihanraya Umum ke-14 kian menghampiri, lapor RoketKini.Com.

“Kit Siang sudah kata berkali-kali, beliau langsung tidak ada kehendak untuk menjadi Perdana Menteri.

“Tetapi kerajaan seperti sudah ketandusan idea sehingga terpaksa menggunakan propaganda lapuk ini dengan menggambarkan DAP sebagai satu-satunya parti dalam gabungan pembangkang,” ujar Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dalam kenyataan balasnya.

Menurut Tony lagi, ancaman Melayu akan hilang kuasa sudah sememangnya menjadi sejata UMNO.

Perhimpunan Agung UMNO awal bulan ini menyaksikan Ketua Wanitanya, Shahrizat Jalil memberi amaran bahawa mengundi HARAPAN akan membukan jalan diperintah oleh ‘Maharaja Lim’.

“Ia adalah senjata untuk menghilangkan kepentingan yang telah diletakkan oleh pengundi Melayu terhadap skandal-skandal yang telah berlaku terhadap rakyat Malaysia,” jelas Ahli Parlimen PJ Utara itu.

Skandal-skandal terbabit termasuklah skandal berbilion ringgit 1MDB, salah urus Felda, Mara dan juga Tabung Haji.

“Sudah tidak memeranjatkan lagi bahawa MCA begitu terdesak sehingga ia terpaksa menjaja retorik yang sama seperti PAS.

“Presiden MCA (Liow Tiong Lai) mesti sudah sedar bahawa ia tidak ada harapan untuk mengembalikan sokongan komuniti bukan-Melayu,” ujar Tony lagi.

MCA ternyata sedang berharap bahawa dengan menunjukkan ia boleh diperbudakkan UMNO dan PAS, parti Cina itu boleh mendapat sokongan Melayu.

“Ini tentunya boleh memastikan MCA bertahan di beberapa buah kerusi yang ia miliki, seperti kerusinya di Bentong yang dimenangi dengan majoriti tipis 379 undi.”

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *