Sri Lanka terpaksa anggung hutang lebih tinggi berbanding nilai pelaburan China

Keputusan Kerajaan Sri Lanka secara rasmi menyerahkan pajakan pelabuhan Hambantota kepada China selama 99 tahun minggu lalu, telah mendapat kecaman dikalangan pengkritik sebagai mengancam kedaulatan negara.

Memetik laporan media asing The New York Times dilaporkan, susulan negara China melalui inisiatif perdagangannya ‘One Beld One Road’ telah menarik pelaburan berbilion dolar Amerika Syarikat di negara-negara sepanjang laluan tersebut dengan membina kemudahan pelaburan bagi tujuan laluan perdagangan maritim.

Di sepanjang laluan itu negara-negara kecil seperti Sri Lanka kini terpaksa melangsaikan hutang sejumlah RM8bilion kepada sebuah firma di China.

Ahli politik Sri Lanka berkata perjanjian Hambantota bernilai AS$1.1bilion itu diperlukan untuk menampung hutang,namundikalangan penganalisis, sebelum itu, telah memberi amaran tentang kesan terhadap pemeteraian perjanjian yang sebenarnya dikawal oleh negara China.

“Harga yang dibayar untuk mengurangkan hutang kepada China membuktikan lebih tinggi berbanding beban hutang yang terpaksa dikurangkan Sri Lanka,” kata N. Sathiya Moorthy, Senior Felo New York Research Foundation yang beribu pejabat di New Delhi.

Hubungan Sri Lanka dengan negara China telah berlanjutan beberapa tahun lalu apabila negara Barat menuduh bekas presiden Sri Lanka Mahinda Rajapaksa,melakukan pelanggaran hak asasi manusia dipenghujung perang saudara yang berlanjutan selama 26 tahun di Sri Lanka.

China telah menabur berbilion dolar Amerika Syarikat sebagai pinjaman kepada pemerintahan Rajapaksa menerusi pembinaan projek-projek infrastruktur baharu di negara itu.

Pada bulan Julai, China Merchants Port Holdings Company telah menandatangani perjanjian dengan Lembaga Pelabuhan Sri Lanka untuk mengawal 70 peratus pegangan dalam pelabuhan Hambantota, yang terletak di pantai selatan negara itu.

Jumaat lalu, Parlimen Sri Lanka telah mengadakan undian untuk memberikan pajakan kepada usaha sama yang diketuai oleh China untuk membangunkan pelabuhan itu.

Pada Sabtu, kerajaan melengkapkan penyerahan pelabuhan kepada dua entiti yang dikendalikan oleh kerajaan melalui China Merchants Port Holdings, yang telah membuat pembayaran pertama sebanyak AS$300juta kepada kerajaan Sri Lanka.

“Dengan perjanjian ini, kami telah mula membayar balik pinjaman. Akan ada zon ekonomi dan perindustrian di kawasan itu yang akan membawa kepada pembangunan ekonomi dan mempromosikan pelancongan,” kata Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe dalam ucapannya di Parlimen.

Pengkritik berpandangan dengan pajakan itu boleh menetapkan Sri Lanka dan negara-negara lain yang berhutang kepada China untuk menerima tawaran yang melibatkan persempadanan wilayah.

Selepas perjanjian pelabuhan ditandatangani pada Julai, Namal Rajapaksa, seorang anggota Parlimen dan anak bekas presiden, menerusi twitter mempersoalkan sama ada kerajaan “bermain dengan geopolitik dan aset negara.”

Beliau menganggap ancaman terhadap hegemoni serantau, India juga menyaksikan ia akan dikendalikan oleh firma-firma China yang turut mula meninjau peluang di Colombo, ibukota Sri Lanka.

Untuk menetapkan semula ketidakseimbangan itu, India telah bekerjasama dengan Jepun untuk membangunkan sebuah pelabuhan di pantai timur Sri Lanka, dan telah mengadakan rundingan untuk melabur dilapangan terbang berhampiran Hambantota.

“India telah ditewaskan ditanahairnya sendiri dengan strategi serangan China yang menjengkelkan itu,” kata Constantino Xavier, Felo di Carnegie India, New Delhi.

Tetapi sebaliknya di Asia Selatan, terdapat tentangan terhadap pelaburan China ke atas Nepal, Pakistan dan Myanmar dengan projek-projek kuasa hidro baru-baru ini.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *