Hairan, Hishamuddin juga diberi menang percuma dalam Pemilihan Umno tahun depan

Perhimpunan Agung UMNO semalam menerima usul agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingan dalam pemilihan tahun depan.

Ia bermakna, Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi akan mengisi kedua-dua jawatan tersebut serta akan terus menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sekiranya UMNO kekal lagi berkuasa selepas PRU 14 nanti.

Zahid Hamidi sekarang adalah Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden berikutan pemecatan Muhyiddin Yassin bagi jawatan tersebut kerana kritikannya berhubung skandal 1MDB.

Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Hishamuddin Hussein pula diputuskan agar terus dikekalkan mengisi salah satu jawatan itu.

Ia secara tidak langsung bermaka, meskipun jawatan Naib Presiden UMNO mempunyai tiga kekosongan, tetapi hanya dua saja yang akan dipertandingkan dalam pemilihan tahun depan.

Hishammuddin, sepupu Najib, dengan sendirinya telah diberi kemenangan percuma bagi jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan tahun depan bersama menangnya Najib sebagai Presiden dan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Presiden.

Ini adalah suatu sejarah baru dalam UMNO di mana hanya dua jawatan Naib Presiden UMNO dipertandingkan dan ia tidak pernah berlaku berlaku sebelum ini.

Zahid Hamidi dalam sidang media bersama Hishammuddin petang tadi menjelaskan, “Semalam kami telah mengambil ketetapan bahawa jawatan Naib Presiden UMNO – biarpun disandang oleh tiga orang tetapi oleh kerana seorang sahaja penyandang tunggal maka kami menerima bahawa seolah-olah jawatan Naib Presiden kanan ini harus diberikan kepada Hishammuddin.

“Ini adalah satu kaedah di mana kami memikirkan bahawa fokus kita harus kepada PRU 14 dan tidak ada gerak kerja dalam parti bagi menghadapi pemilihan tahun hadapan.

“Ertinya ketiga-tiga pemimpin utama dalam UMNO sekarang akan meneruskan tanggungjawab mereka yang telah diberikan kepercayaan sebulat suara oleh para perwakilan,” kata Zahid Hamidi lagi.

Untungnya jadi sepupu Perdana Menteri, walaupun Hishammudin dalam pemilihan yang lalu hanya dapat nombor tiga, bahkan kalah dari segi undi popular kepada Mukhriz Mahathir, tetapi dalam pemilihan tahun depan beliau terus dilonjakkan menjadi Naib Presiden UMNO paling kanan atau menduduki tempat pertama tanpa susah-susah berkempen dan menyertai pertandingan.

Kenapa tidak dibiarkan saja Hishammuddin bertanding semula bersama calon-calon lain bagi mengisi jawatan Naib Presiden UMNO itu?

Apa perlunya beliau diberikan kemenangan percuma bersama dengan tiadanya pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO?

Adakah Najib takut sepupunya itu kecundang dalam pemilihan tahun depan atau dapat nombor ketiga sekali lagi dan akan merencatkan usahanya untuk meletakkan Hishammuddin sebagai penggantinya?

Inikah jenis demokrasi dalam UMNO di era kepimpinan Najib?

Atau ini yang dinamakan ciri-citi kuku besi ala kleptokrasi?

>> Komentar bebas Shahbudin Husin, penganalisa isu semasa I 9 Disember 2017.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *