Peguam hairan, kenapa kes libatkan bekas aktivis Pas 16 tahun lalu sekarang baru hendak didakwa

SEGAMAT: Polis bertindak menangkap bekas seorang aktivis Pas yang menjadi petugas dalam satu ceramah yang berlangsung 16 tahun lalu di Segamat, Johor.

Abdul Wahab Hassan, 65, yang bertugas sebagai petugas keselamatan dalam majlis ceramah Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Pas ketika itu ditangkap jam 8 malam 28 November kelmarin oleh sepasukan polis.

Abdul Wahab yang kini menyertai Amanah ditahan dan tangannya digari serta dibawa ke Balai Polis Segamat untuk diambil keterangan.

Menurut Firdaus Masod, bekas Yang Dipertua Pas Segamat, Abdul Wahab diberitahu beliau akan didakwa Februari depan atas kesalahan 16 tahun lalu itu.

“Persoalannya, kenapa kes 16 tahun lalu sekarang baru hendak didakwa.

“Hampir kesemua anggota polis yang menjadi saksi kejadian itu kebanyakannya dah pencen dan ada yang telah meninggal dunia,” kata Firdaus, seorang peguam itu.

Dalam kejadian pada ceramah Pas tahun 2001 di Segamat itu, Abdul Wahab telah bertugas menjadi anggota keselamatan majlis itu.

Polis yang datang dengan ramai bersama dengan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah merempuh markas Pas itu termasuk memijak Abdul Wahab yang berada di pintu depan markas.

Rempuhan itu dilakukan oleh polis dan FRU sebelum ceramah bermula lagi.

Beliau telah ditahan dalam kejadian itu dan kelmarin ditahan sekali lagi namun dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM500 dengan anak beliau menjadi penjaminnya sementara menunggu tarikh perbicaraan.

# Gambar sekadar hiasan

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *