Melihat bantahan meluas rakyat, BN janji GST kekal 6% selepas PRU14 kata Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Othman Aziz berjanji kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan kekal 6% selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, kadar GST yang dilaksanakan sejak 1 April 2014 itu tidak akan dinaikkan, walaupun terdapat cadangan sedemikian.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi kerajaan tidak bercadang menaikkan lagi kadar GST daripada 6%, walaupun selepas PRU.

“Mungkin sesetengah pihak yang mencadangkan (kenaikan itu) atas sebab tertentu.
Tetapi buat masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji mahupun menaikkannya di masa depan,” katanya pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) sama ada Bank Dunia mencadangkan Malaysia menaikkan kadar GST kepada 7%.

“Saya sendiri pun tidak baca dan saya tak pasti (cadangan Bank Dunia).

“Mungkin ada cadangan, tetapi kita kekal dengan 6%,” kata ahli Parlimen Jerlun itu.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *