Pakatan Harapan akan siasat semua persepsi salah guna kuasa dulu dan sekarang, kata Kit Siang

PETALING JAYA: Veteran DAP Lim Kit Siang memberi jaminan sebarang salah guna kuasa malah persepsi kelakuan itu – dulu dan sekarang – akan disiasat.

Kit Siang memberitahu sesi pertemuan bersama anak muda di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya malam tadi bahawa beliau sentiasa berpegang kepada pendirian itu, lapor FMT.

Beliau menjawab soalan sama ada beliau akan menyiasat dakwaan salah laku yang dilemparkan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad oleh pembangkang sekiranya Pakatan Harapan diberie kuasa, terutamanya sekarang apabila Dr Mahathir adalah sekutu dalam gabungan itu.

Lim bagaimanapun berkata masa depan lebih penting daripada peristiwa dahulu.

Beliau menjelaskan pertama paling penting ialah menyingkir Perdana Menteri Datuk Seri Najb Razak dan membina semula negara.

Beliau menyeru anak muda untuk lihat ke depan dan bagaimana membetulkan negara dan institusi negara.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *