Seramai 107 ahli Parlimen sokong Bajet 2018, 59 tolak & 11 ahli Parlimen Pas berkecuali

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2018 yang memperuntukkan RM280.25 bilion untuk Bajet 2018 pada petang Isnin lalu. Ia diluluskan dengan sokongan 107 ahli Parlimen, 59 undi menolak dan 11 lagi tidak mengundi.

“Keputusan belah bahagian adalah seperti berikut, yang tidak mengundi 11 orang, yang tidak bersetuju untuk Rang Undang-undang dibacakan kali ke-2 59 orang.

“Yang bersetuju untuk Rang Undang-Undang ini dibacakan buat kali KE-2 seramai 107 orang,” kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, beliau menolak RUU Perbekalan 2018, manakala 11 lagi ahli Parlimen PAS tidak mengundi.

“Dua ahli Parlimen tidak hadir, iaitu Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan seorang lagi Dungun (Wan Hassan Mohd Ramli),” katanya ketika dihubungi FMT.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018 pada 27 Oktober lalu berkata, RM234.25 bilion daripada RM280.25 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM46 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Ia tidak termasuk simpanan luar dianggarkan berjumlah RM2 bilion.

“Di bawah peruntukan mengurus, sebanyak RM79.15 bilion adalah untuk emolumen dan RM33.62 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.”

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *