Orang Islam di Sabah bantu bersihkan Gereja St Paul di Kampung Sinalapak

KIULU: Rakyat Sabah menunjukkan cara bersatu padu dan toleransi agama apabila beberapa umat Islam membantu membersihkan Gereja St Paul di Kampung Sinalapak. Pelatih dan kakitangan beragama Islam dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut menyertai gotong-royong dengan penuh muhibah.

Pelatih dan kakitangan beragama Islam dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut menyertai gotong-royong dengan penuh muhibah.

The Borneo Post melaporkan Timbalan Pengarah IKBN Kinarut, Suhaidi Mustar; Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Fatimah Abdul Rahman; wakil gereja, Rosenani Kiting dan Ketua Kampung Dunsim Gimbatu turut serta dalam gotong-royong itu yang dirasmikan Adun Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai.

“Sangat gembira melihat (pegawai dan pelatih Islam dari IKBN Kinarut) menyertai gotong-royong ini,” kata Joniston.

Beliau berkata, tindakan sedemikian amat bermakna ketika sesetengah pihak mendakwa kebebasan beragama di Sabah terancam.

Gotong-royong itu anjuran bersama IKBN Kinarut serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sinalapak.

Selain membersihkan gereja itu dengan cat baharu, pelatih juga memasang kipas dan atap baharu di koridor.

Rosenani berterima kasih kepada IKBN Kinarut kerana memilih gereja itu untuk menyertai projek gotong-royong mereka.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *